Pendakian Gunung Rinjani
Pendakian Gunung Rinjani
Tahun lalu, pada tarikh hari ini. Atau lebih tepat, pada Ahad, 28 September 2014.
Saya telah memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok. Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, pada ketinggian 3726m.
Saya telah memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok. Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, pada ketinggian 3726m.
Termasuk saya, ada 6 orang dalam group kami yang di bawah jagaan satu agen. 2 orang kakak beradik (kak Mariyam dan kak Ernie) datang bersama saya dari Sabah, 2 orang pasangan dari Perancis dan seorang wanita dari Rusia. Malim gunung kami bernama Angga, serta beberapa orang porter yang membawa makanan, peralatan memasak termasuk tong gas dan khemah untuk kami.
![]() |
| Sekumpulan porter |
Perjalanan dimulakan dari sebuah desa pertanian di Sembalun pada pukul 7 pagi selepas sarapan. Di awal perjalanan, kami melintasi pemandangan tanaman ladang seperti bawang dan jagung. Walaubagainanapun, waktu ini adalah musim kering, tanaman sudah pun dituai dan ladang kebanyakannya dibakar untuk memulakan sesi tanaman baru.
![]() |
| Landskap trek Rinjani |
Pemandangan kaki gunung kelihatan hijau, kuning dan coklat waktu ini.
Sepanjang perjalanan, kami bertemu pendaki-pendaki yang mulai turun. Ada juga dari Malaysia. Kami saling bertukar cerita. Ditanya dari mana. 'Oh.. Sabah, sudah naik gunung Kinabalu?', 'Ya sudah..' Jawab kami.
Kami diberitahu, nanti akan jumpa satu kawasan yang berdebu pasir. 3 langkah boleh menjadi 1 langkah kerana terturun oleh pasir dan kaki tenggelam di dalamnya. Dari ceritanya macam susah sangat. Tapi saya masih rasa positif dan yakin boleh melaluinya, walaupun di kepala saya sudah terbayang pasir jerlus. Kalau sudah ramai yang lalu, kami pasti boleh, saya yakin dengan kaki dan kasut saya hehehe..
Dengar cerita dan berita, sudah banyak yang maut mendaki gunung ini kerana kesejukan, sesat, jatuh, hilang dan lain-lain. Pada musim hujan bulan April dan Mei, gunung ini ditutup dan tiada pendakian yang dibenarkan. Terasa seram tapi mencabar.
Matahari sangat terik dan tanaman pun banyak yang kuning terbakar oleh matahari dan api. Kak Ernie berjalan sambil berpayung, pendaki yang turun hanya senyum. Untung lah ada perlindungan, saya pulak tak terpakai losen sunblock sebab tak jumpa di mana saya letak losen tu padahal dalam bagpack saja pun.
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami tiba di post Satu dan berhenti makan. Porter kami sudah sampai duluan. Mereka sedang memasak bersama porter lain. Kami dihidangkan air teh panas, mee indomie, telur rebus, biskut dan nenas. Sedapnya makan indomie.
Selain kami, ada banyak rombongan lain lagi yang berhenti di sana. Ada satu rombongan remaja Indonesia yang menarik perhatian, mereka datang sambil membuat penggambaran. 3 orang gadis cantik dan manja menjadi watak utama dan krewnya semua lelaki. Mungkin aktiviti universiti ataupun sinetron, entahlah.
![]() |
| Persiapan makan tengahari di post satu |
![]() |
| Sedap! |
Pada pukul 12.00 tengah hari, kami tiba di post Satu dan berhenti makan. Porter kami sudah sampai duluan. Mereka sedang memasak bersama porter lain. Kami dihidangkan air teh panas, mee indomie, telur rebus, biskut dan nenas. Sedapnya makan indomie.
Selain kami, ada banyak rombongan lain lagi yang berhenti di sana. Ada satu rombongan remaja Indonesia yang menarik perhatian, mereka datang sambil membuat penggambaran. 3 orang gadis cantik dan manja menjadi watak utama dan krewnya semua lelaki. Mungkin aktiviti universiti ataupun sinetron, entahlah.
Kami meneruskan lagi perjalanan, dan tiba di tempat yang berpasir. Pasir dari gunung berapi, debu-debunya berterbangan bila dipijak. Setiap kami sudah diberi topeng untuk melindungi hidung dan mulut sejak sarapan tadi. Walaupun begitu debu tetap masuk mengotorkan lubang hidung dan masuk ke dalam seluar dan baju. Saya memakai lengan panjang, debu tetap berada dan melekat di lengan saya dan di betis.
Sepanjang perjalanan kami melalui 7 buah bukit yang semakin menaik. 7 bukit penyesalan. Siapa yang naik mungkin akan menyesal hehehe.. Sewaktu pendakian ada juga yang ditarik oleh guide mereka. Sesekali kami berhenti rehat dan minum. Mujurlah guide bawa banyak air. Alhamdulillah..
Pada pukul 6 petang, kami baru tiba di tapak perkhemahan. Khemah sudah pun didirikan. Porter sedang bersiap untuk memasak makan malam.
![]() |
| Khemah porter |
![]() |
| Makan malam sedang disiapkan |
![]() |
| Matahari Terbenam |
Waktu malam, kompas saya menunjukkan suhu 24 darjah Celsius padahal keadaan di situ sangat lah sejuk dan berangin. Bateri handphone pulak semakin habis, powerbank yang dibawa tidak berguna, entah kenapa tak masuk caj walaupun masih penuh baterinya.
Tak sanggup stay lama di luar khemah. Walaupun bintang-bintang menghias langit malam dengan tersangat indahnya. Hotel sejuta bintang la katakan hehe..
Di dalam khemah pun sejuk. Boleh tidur dalam satu posisi saja untuk mengumpul haba. Saya ditempatkan satu khemah dengan wanita dari Rusia itu, namanya saya tak ingat. Kami bercerita banyak hal, termasuk drama lucu yang saya terlepas lihat tadi petang.
Porter-porter mendirikan khemah, katanya, 'they're so funny'. Porter-porter tu saling bantah membantah macamana memasang khemah dan ada yang dibuka dan dipasang semula kerana salah pasang. Hehe.. 'Hard life but they are happy' katanya lagi. Saya pun setuju. Walaupun upah mereka kecil, tapi mereka bekerja dengan bersungguh-sunguh, riang ria dan gembira.
Porter-porter mendirikan khemah, katanya, 'they're so funny'. Porter-porter tu saling bantah membantah macamana memasang khemah dan ada yang dibuka dan dipasang semula kerana salah pasang. Hehe.. 'Hard life but they are happy' katanya lagi. Saya pun setuju. Walaupun upah mereka kecil, tapi mereka bekerja dengan bersungguh-sunguh, riang ria dan gembira.
Pukul 2.30 pagi kami dibangunkan dan diberi sarapan. Kak Ernie dan kak Mariyam mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian ke puncak. Saya tahu saya masih kuat dan mahu meneruskan tapi terpaksa tidak meneruskan kerana sakit perut. Sepanjang malam saya menahan sakit 'panggilan alam' kerana tidak biasa dengan tandas yang dibikin di sana, serta rasa malu yang menebal ke tandas. Haha..
Sepanjang pendakian, energi alam keluar masuk dalam diri saya, dan saya rasa aura saya mengembang. Tangan terasa berkaran dengan aliran elektrik alam semulajadi yang mengalir tanpa henti. Alam merawat saya dan memanggil saya untuk mengembalikan sedikit kepadanya, tapi apakan daya haha.. Kerana itu juga langkah saya semakin mengecil dan jalan dengan lambat sedikit kemarin.
Hanya sedikit pendaki yang tidak meneruskan pendakian dan mereka sambung tidur dalam khemah, kesempatan ini lah yang saya guna untuk ke tandas. Alhamdulillah.. Akhirnya saya ringan kembali haha..
Bintang-bintang masih kelihatan, dengan camera handphone ia tidak dapat diabadikan dalam gambar. Saya pun sambung tidur balik.
![]() |
| Matahari Terbit |
Pukul 6 pagi, Isnin 29 September 2014. Melihat matahari terbit dengan sangat cantik dan kami mengambil gambar kenangan di sekitar Plawangan. Porter mula menyiapkan sarapan. Tompe cicah gula dan air teh. Pendaki lain pun mulai turun dari puncak dan kami bersiap-siap untuk perjalanan turun.
![]() |
| Kawah Segara Anak |
Kami bertemu lagi dengan pendaki dari Rusia itu, lututnya sakit kerana terjatuh dan berjalan dengan tempang. Katanya baguslah saya tidak meneruskan pendakian, perjalanan ke atas sangat sejuk sehingga dia dan wanita Perancis yang satu lagi jatuh sakit. Mereka berdua merangkak ke atas kerana treknya susah dan cuacanya yang sejuk. Katanya lagi, guide di sana adalah Superman. Tahan sejuk dan boleh mendaki dengan mudahnya.
![]() |
| Kami |
Pada perjalanan turun juga kami banyak bertemu dengan monyet liar yang berkeliaran sepanjang jalan dan kami disuruh berhati-hati dengan barang berharga masing-masing, kerana monyet mungkin akan merampasnya.
Saya tidak fikir akan kembali ke Rinjani buat masa terdekat kerana banyak lagi puncak lain di Indonesia yang belum saya explore. Lagipun, saya masih jera dengan pengajaran dari 7 bukit penyesalan itu. 11 jam pendakian, kesejukan yang teramat, dan tandas yang tidak mengizinkan, haha.. Kulit saya juga coklat kehitaman yang tak pernah saya alami sebelum ini. Walaupun begitu, saya sangat bersyukur telah mendapat pelajaran dari Rinjani. Alhamdulillah.. Terima kasih Rinjani. Saya bersedia untuk gunung yang lain lagi.
![]() |
| Kawah Segara Anak, pandangan dari Plawangan |
Selamat mendaki bagi yang teringin, semoga dipermudahkan. Amin.
Salam Cinta Semesta ❤
Salam Cinta Semesta ❤
Nooren Aman















Nak nak nak!
BalasPadamSilakan. Hahaha
Padam