Merayakan kehidupan

Assalamualaikum, salam cinta untuk semua. 

Tujuan blog ini saya buka adalah untuk berkongsi cerita-cerita perjalanan saya yang telah banyak memberi pelajaran kepada saya, samada dari segi fizikal, mental, spiritual, dan sosial. 

Melihat, membaca dan mendengar cerita-cerita orang lain dan mendapat pelajaran darinya membuat saya juga ingin berkongsi cerita perjalanan saya. Semoga yang membaca, mendengar dan melihat cerita saya mendapat hikmah, pelajaran dan kebahagiaan yang saya kongsikan. 

Selain itu, saya juga sengaja mengabadikan cerita perjalanan dan pengalaman ini dalam bentuk tulisan untuk rujukan dan bacaan saya sendiri nanti. 

Tajuk 'jalan-jalan ja' saya pilih kerana ini lah yang menjadi jawapan saya setiap kali saya ditanya jalan untuk apa. Kalau jawab panjang nanti macam ceramah pulak hehe.. 

Jalan bukan sekadar jalan walaupun jalan-jalan ja. Ada banyak maknanya, ini lah perjalanan cinta dari cinta menuju cinta dalam bentuk fizikal ini. 

Hanya merayakan kehidupan dan meraikan cinta. Jalan-jalan ja. 

Terima kasih. ❤ 

Nooren Aman 
Www.jalanjalanja.blogspot.com

*Edit

Nama blog ini ditukar kepada 'Saat-saat Indah Travel kerana apa yang saya tulis di sini adalah saat-saat indah sewaktu saya Travel dan saya mahu mengenang saat-saat ini untuk menjadikan saya selalu bersyukur kerana telah mengalami saat-saat ini semua. ❤ 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pencerahan di Gunung Sibayak

Tidur di Airport (KLIA2)

Drama Kedai Jed di Shanghai