Drama Kedai Jed di Shanghai
Drama kedai Jed di Shanghai Alkisahnya, saya telah mengikut rombongan lawatan induksi dari tempat kerja saya ke China untuk satu minggu, iaitu pada 9 - 14 Mei 2014. Tempat-tempat yang dilawat termasuklah Hangzhou, Suzhou dan Shanghai. Sewaktu di Shanghai, kami telah melawat ke beberapa tempat membeli belah yang terkenal, termasuk sebuah kedai jed yang paling gilang gemilang. Kononnya kedai jed ini pernah menaja pameran jed terbesar tahun sebelumnya di China. Masuk saja ke dalam kedai, terdapat bermacam ukiran patung yang diperbuat daripada jed, dan yang paling menarik perhatian ialah, sebuah bahtera dengan ukiran bermotifkan kesenian China yang diperbuat daripada jed China. Jenis-jenis Jed Kami terus ke tingkat atas. Kemudian, dipersilakan masuk ke dalam bilik tayangan. Kami diberikan penerangan oleh seorang staf wanita tentang asal usul jed dan jenis-jenis jed yang terdapat di pasaran. Syarikat mereka juga memiliki sebuah lombong terbe...