Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Pencerahan di Gunung Sibayak

Pendakian ini dibawa oleh tour guide kami yang bernama Mat Nor. Sepanjang perjalanan mat nor bercerita tentang betapa dia suka hutan dan pernah tinggal 2 tahun di hutan bersama kekasihnya. Sehingga akhirnya kekasihnya yang bernama Epa meninggal kerana jatuh gaung, kepalanya pecah terhentak batu. Ceritanya mengerikan dan sedikit seperti kelentong haha.. Saya cuba untuk tidak bertanya lebih lanjut. Tapi Jijie sangat berminat. Ditanya diorang makan apa? Rumah mereka diperbuat dari apa? Dan Macam-macam lagi hehe.. 'Ji.. Nanti tulis artikel ah.. ' Kataku bergurau sebab Jijie bertanya macam wartawan. Mat nor takut kami jatuh, di setiap yang curam dia mesti mengingatkan kami untuk berhati-hati dan ikut langkahnya. Perkataan 'takut' dan 'jatuh' balik-balik diucapkannya, dan setiap kali aku membalas kata-kata itu dengan... 'nda, nda, nda' (tidak, tidak, tidak) sambil disokong oleh Zie. Saya fikir kenapa mau ingat mati? Hidup ini kan indah? Tapi ...

Tidur di Airport (KLIA2)

Imej
Ini adalah pertama kali aku bermalam di Airport (KLIA2).  Tidur  di surau, sangat sejuknya!  Esoknya seawal pukul 5.00 pagi, aku dan Jijie meneruskan perjalanan ke KLIA menggunakan Keretapi KLIA Expres kerana kami menaiki pesawat MAS. Sementara Dhia dan Zie menaiki pesawat Air Asia. Setiba di KLIA aku ke kiosk Self check in untuk mencetak tiket ku, dan pergi cari sarapan. Pukul 8.30 aku dan Jijie check in dan terus naik kapal. Awal kapal tunggu. Tapi, kapal delay 19 minit lagi sebelum berlepas. Pukul 9.30 kapal mendarat di Lapangan Terbang Kuala Namo, Medan. Sesampainya terus berjumpa dengan Pak Darwis. Dia bilang, kenapa lambat? Dua orang kawan sudah lama tunggu. Wah.. Aku tengok memang macam dah lama, siap duduk minum lagi di Cafe, hehe.. Aku tak perasan pun kapal delay pada mulanya tapi ada report sampai melalui google cakap flight aku delay 19 minit, jadi aku cakap la flight delay hehehe.. KKIA - KLIA2 - KLIA - Kuala Namu Airport...

Saat-saat Indah Travel

Selamat sejahtera  Saya menamakan blog ini sebagai 'Saat-saat Indah Travel' adalah kerana mahu mengenang saat-saat indah yang pernah terjadi kepada diri saya sewaktu travel.  Juga untuk menjadi seorang yang selalu bersyukur dan mengagungkan nikmat Tuhan. Syukur alhamdulillah, segala yang pernah terjadi dan dilalui menjadikan diri kita seperti ini hari ini. Tiada yang sia-sia, ada saat yang mulanya pahit tapi manis akhirnya bila dikenang dalam kenangan. Atau setidaknya ia membuat kita tersenyum dan ketawa.  Tulisan saya di sini, semoga bermanfaat kepada diri dan pembaca, semoga kita menjadi orang-orang yang selalu bersyukur.  Terima kasih. ❤  Penulis,  Nooren Aman 

Sunset di Korea

Imej
Hari tu, adalah hari terakhir kami berjalan-jalan di Korea. Esok dah nak balik ke Malaysia. Kami ke Pyongchon dengan menaiki keretapi. Keretapi di Seoul ni, berjalan di bawah tanah. Jarang naik ke atas. Pyongchon terletak di pinggir bandar Seoul. Kami ke sini untuk bertemu ibu angkat kawan kami Masida. Dipanggil Ahjumma saja. Maksudnya 'makcik' dalam bahasa Korea. Kami balik waktu petang, sewaktu dalam train kami dapat melihat saat-saat sebelum matahari terbenam. " Suns et!  Suns et!" Kami berempat sedikit ribut mahu mengambil gambar tapi train sangat laju dan camera phone saya tak dapat tangkap gambar yang cantik. Waktu tu matahari bulat warna merah. Masida dan lela sempat menangkap gambar dengan aksi memegang bola matahari dengan dua jari. Haha.. Suns et pun berlalu dan train masuk ke bawah tanah semula. Penumpang lain dalam train tidak pun berasa takjub dengan  Suns et tadi, hanya kami. Hahaha!