Pencerahan di Gunung Sibayak
Pendakian ini dibawa oleh tour guide kami yang bernama Mat Nor. Sepanjang perjalanan mat nor bercerita tentang betapa dia suka hutan dan pernah tinggal 2 tahun di hutan bersama kekasihnya. Sehingga akhirnya kekasihnya yang bernama Epa meninggal kerana jatuh gaung, kepalanya pecah terhentak batu.
Ceritanya mengerikan dan sedikit seperti kelentong haha.. Saya cuba untuk tidak bertanya lebih lanjut. Tapi Jijie sangat berminat. Ditanya diorang makan apa? Rumah mereka diperbuat dari apa? Dan Macam-macam lagi hehe..
'Ji.. Nanti tulis artikel ah.. ' Kataku bergurau sebab Jijie bertanya macam wartawan.
Mat nor takut kami jatuh, di setiap yang curam dia mesti mengingatkan kami untuk berhati-hati dan ikut langkahnya. Perkataan 'takut' dan 'jatuh' balik-balik diucapkannya, dan setiap kali aku membalas kata-kata itu dengan... 'nda, nda, nda' (tidak, tidak, tidak) sambil disokong oleh Zie.
Saya fikir kenapa mau ingat mati? Hidup ini kan indah? Tapi pesanan ini selalu dalam agama. Ingat mati.
Tiba-tiba aku tersedar sendiri. 'aku memang benda yang mati, kerana yang hidup hanya SATU, yang kusayangi, tiada pengganti, sampai saat ini.... Hihi teringat lagu plak.
Ya, ingat mati supaya ingat diri. Mati bukan untuk ditakuti, tapi untuk menerima diri seadanya. Di satu sudut, aku benda yang mati. Tapi kerana yang Maha Hidup ada dalam diriku, maka aku hidup.
Kita tak pernah mati, hanya berpindah alam dan meneruskan kehidupan di alam lain. Kubur bukan lah tempat terakhir bagi kita, tapi tempat terakhir bagi fizikal kita. Tanah kembali ke tanah. Ini lah yang sementara, tubuh fizikal ini dan bumi ini.
Saya mengatakan kepada mat nor. "Kami tak takut jatuh, sebab kami ada ilmu."
Krik Krik Krik..
Diam seketika.
Kemudian saya sambung, "Kami ada ilmu tawakkal".
Mat nor pun menyambung lagi, hutan ini lain... Bla Bla Bla.. Ceritanya tentang bahaya hutan.
Turun dari gunung saya merasa sangat puas dan gembira, dalam hati saya menyanyi lagu Goyang Dumang yang saya ubah liriknya menjadi 'Mari naik gunung, biar hati senang, galau jadi hilang! Mari naik gunung!' Alhamdulillah.. Hati kecil saya menyanyi sepanjang perjalanan turun.
Naik dan turun penuh dengan kegembiraan dan gelak ketawa. Pencerahan spiritual juga saya dapat. Saya suka trip ini!
Ulasan
Catat Ulasan