Pendakian Gunung Rinjani
Pendakian Gunung Rinjani Rinjani Tahun lalu, pada tarikh hari ini. Atau lebih tepat, pada Ahad, 28 September 2014. Saya telah memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok. Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, pada ketinggian 3726m. Termasuk saya, ada 6 orang dalam group kami yang di bawah jagaan satu agen. 2 orang kakak beradik (kak Mariyam dan kak Ernie) datang bersama saya dari Sabah, 2 orang pasangan dari Perancis dan seorang wanita dari Rusia. Malim gunung kami bernama Angga, serta beberapa orang porter yang membawa makanan, peralatan memasak termasuk tong gas dan khemah untuk kami. Sekumpulan porter Perjalanan dimulakan dari sebuah desa pertanian di Sembalun pada pukul 7 pagi selepas sarapan. Di awal perjalanan, kami melintasi pemandangan tanaman ladang seperti bawang dan jagung. Walaubagainanapun, waktu ini adalah musim kering, tanaman sudah pun dituai dan ladang kebanyakannya dibakar untuk memulakan sesi tana...