Sunset di Korea
Hari tu, adalah hari terakhir kami berjalan-jalan di Korea. Esok dah nak balik ke Malaysia.
Kami ke Pyongchon dengan menaiki keretapi. Keretapi di Seoul ni, berjalan di bawah tanah. Jarang naik ke atas.
Pyongchon terletak di pinggir bandar Seoul. Kami ke sini untuk bertemu ibu angkat kawan kami Masida. Dipanggil Ahjumma saja. Maksudnya 'makcik' dalam bahasa Korea.
Kami balik waktu petang, sewaktu dalam train kami dapat melihat saat-saat sebelum matahari terbenam. "Suns et! Suns et!" Kami berempat sedikit ribut mahu mengambil gambar tapi train sangat laju dan camera phone saya tak dapat tangkap gambar yang cantik. Waktu tu matahari bulat warna merah.
Masida dan lela sempat menangkap gambar dengan aksi memegang bola matahari dengan dua jari. Haha..

Ulasan
Catat Ulasan