Catatan

Pencerahan di Gunung Sibayak

Pendakian ini dibawa oleh tour guide kami yang bernama Mat Nor. Sepanjang perjalanan mat nor bercerita tentang betapa dia suka hutan dan pernah tinggal 2 tahun di hutan bersama kekasihnya. Sehingga akhirnya kekasihnya yang bernama Epa meninggal kerana jatuh gaung, kepalanya pecah terhentak batu. Ceritanya mengerikan dan sedikit seperti kelentong haha.. Saya cuba untuk tidak bertanya lebih lanjut. Tapi Jijie sangat berminat. Ditanya diorang makan apa? Rumah mereka diperbuat dari apa? Dan Macam-macam lagi hehe.. 'Ji.. Nanti tulis artikel ah.. ' Kataku bergurau sebab Jijie bertanya macam wartawan. Mat nor takut kami jatuh, di setiap yang curam dia mesti mengingatkan kami untuk berhati-hati dan ikut langkahnya. Perkataan 'takut' dan 'jatuh' balik-balik diucapkannya, dan setiap kali aku membalas kata-kata itu dengan... 'nda, nda, nda' (tidak, tidak, tidak) sambil disokong oleh Zie. Saya fikir kenapa mau ingat mati? Hidup ini kan indah? Tapi

Tidur di Airport (KLIA2)

Imej
Ini adalah pertama kali aku bermalam di Airport (KLIA2).  Tidur  di surau, sangat sejuknya!  Esoknya seawal pukul 5.00 pagi, aku dan Jijie meneruskan perjalanan ke KLIA menggunakan Keretapi KLIA Expres kerana kami menaiki pesawat MAS. Sementara Dhia dan Zie menaiki pesawat Air Asia. Setiba di KLIA aku ke kiosk Self check in untuk mencetak tiket ku, dan pergi cari sarapan. Pukul 8.30 aku dan Jijie check in dan terus naik kapal. Awal kapal tunggu. Tapi, kapal delay 19 minit lagi sebelum berlepas. Pukul 9.30 kapal mendarat di Lapangan Terbang Kuala Namo, Medan. Sesampainya terus berjumpa dengan Pak Darwis. Dia bilang, kenapa lambat? Dua orang kawan sudah lama tunggu. Wah.. Aku tengok memang macam dah lama, siap duduk minum lagi di Cafe, hehe.. Aku tak perasan pun kapal delay pada mulanya tapi ada report sampai melalui google cakap flight aku delay 19 minit, jadi aku cakap la flight delay hehehe.. KKIA - KLIA2 - KLIA - Kuala Namu Airport 

Saat-saat Indah Travel

Selamat sejahtera  Saya menamakan blog ini sebagai 'Saat-saat Indah Travel' adalah kerana mahu mengenang saat-saat indah yang pernah terjadi kepada diri saya sewaktu travel.  Juga untuk menjadi seorang yang selalu bersyukur dan mengagungkan nikmat Tuhan. Syukur alhamdulillah, segala yang pernah terjadi dan dilalui menjadikan diri kita seperti ini hari ini. Tiada yang sia-sia, ada saat yang mulanya pahit tapi manis akhirnya bila dikenang dalam kenangan. Atau setidaknya ia membuat kita tersenyum dan ketawa.  Tulisan saya di sini, semoga bermanfaat kepada diri dan pembaca, semoga kita menjadi orang-orang yang selalu bersyukur.  Terima kasih. ❤  Penulis,  Nooren Aman 

Sunset di Korea

Imej
Hari tu, adalah hari terakhir kami berjalan-jalan di Korea. Esok dah nak balik ke Malaysia. Kami ke Pyongchon dengan menaiki keretapi. Keretapi di Seoul ni, berjalan di bawah tanah. Jarang naik ke atas. Pyongchon terletak di pinggir bandar Seoul. Kami ke sini untuk bertemu ibu angkat kawan kami Masida. Dipanggil Ahjumma saja. Maksudnya 'makcik' dalam bahasa Korea. Kami balik waktu petang, sewaktu dalam train kami dapat melihat saat-saat sebelum matahari terbenam. " Suns et!  Suns et!" Kami berempat sedikit ribut mahu mengambil gambar tapi train sangat laju dan camera phone saya tak dapat tangkap gambar yang cantik. Waktu tu matahari bulat warna merah. Masida dan lela sempat menangkap gambar dengan aksi memegang bola matahari dengan dua jari. Haha.. Suns et pun berlalu dan train masuk ke bawah tanah semula. Penumpang lain dalam train tidak pun berasa takjub dengan  Suns et tadi, hanya kami. Hahaha!

Drama Kedai Jed di Shanghai

Imej
Drama kedai Jed di Shanghai Alkisahnya, saya telah mengikut rombongan lawatan induksi dari tempat kerja saya ke China untuk satu minggu, iaitu pada 9 - 14 Mei 2014. Tempat-tempat yang dilawat termasuklah Hangzhou, Suzhou dan Shanghai. Sewaktu di Shanghai, kami telah melawat ke beberapa tempat membeli belah yang terkenal, termasuk sebuah kedai jed yang paling gilang gemilang. Kononnya kedai jed ini pernah menaja pameran jed terbesar tahun sebelumnya di China. Masuk saja ke dalam kedai, terdapat bermacam ukiran patung yang diperbuat daripada jed, dan yang paling menarik perhatian ialah, sebuah bahtera dengan ukiran bermotifkan kesenian China yang diperbuat daripada jed China. Jenis-jenis Jed Kami terus ke tingkat atas. Kemudian, dipersilakan masuk ke dalam bilik tayangan. Kami diberikan penerangan oleh seorang staf wanita tentang asal usul jed dan jenis-jenis jed yang terdapat di pasaran. Syarikat mereka juga memiliki sebuah lombong terbe

Pendakian Gunung Rinjani

Imej
Pendakian Gunung Rinjani Rinjani  Tahun lalu, pada tarikh hari ini. Atau lebih tepat, pada Ahad, 28 September 2014.  Saya telah memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Rinjani di Lombok. Gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia, pada ketinggian 3726m. Termasuk saya, ada 6 orang dalam group kami yang di bawah jagaan satu agen. 2 orang kakak beradik (kak Mariyam dan kak Ernie) datang bersama saya dari Sabah, 2 orang pasangan dari Perancis dan seorang wanita dari Rusia. Malim gunung kami bernama Angga, serta beberapa orang porter yang membawa makanan, peralatan memasak termasuk tong gas dan khemah untuk kami. Sekumpulan porter  Perjalanan dimulakan dari sebuah desa pertanian di Sembalun pada pukul 7 pagi selepas sarapan. Di awal perjalanan, kami melintasi pemandangan tanaman ladang seperti bawang dan jagung. Walaubagainanapun, waktu ini adalah musim kering, tanaman sudah pun dituai dan ladang kebanyakannya dibakar untuk memulakan sesi tanaman baru.

Little Seller at Cambodia

Imej
04 March 2012 At the Spider Market; Fruit Girl: Sister buy fruits please.. Me: I don't have money (because i only bring my camera down from the bus) Fruit Girl: Ya but you have money in the bus. (Now this is also a smart girl)  05 March 2012 Then we go to a torture site which was a school before the Khmer Rouge time. This time i want to take a photo with a little girl selling bracelet. Bracelet Girl: If you want photo you must buy. Me: I don't have money (also in the bus) Bracelet Girl: I don't believe you. Me: ........ (speechless) They still young, speak English and really good at selling. Wow.